Loading...

Tips jadi bisnesman islamic yang berjaya

Posted by Admin on Saturday, March 29, 2014 | 9:02 AM

jadi+bisnesman+islamic+yang+berjaya


Tips menjadi bisnesman islamic yang berjaya itu tidak susah asalkan yang pertama sekali anda perlu mempunyai modal yang besar , iaitu modal - Kejujuran - Keikhlasan - Ketidaksombongan .

Menjadi seorang yang jujur , pasti bakal menguntungkan seseorang itu . Jika anda seorang pembohong mana mungkin ada pelangan yang ingin terus menerus membeli di kedai anda ( atau ) barangan anda . Selain itu juga , dengan jujur anda mampu menarik minat orang lain agar dapat membantu anda ketika dalam kesusahan .

Keikhlasan , yang ini jarang orang guna pakai , ikhlas ini saya bahagikan kepada dua , iaitu keikhlasan ketika menjual barangan ataupun keikhlasan dalam kehidupan . Keikhlasan dalam menjual barangan iaitu ketika menjual barang jangan lah terlampau inginkan duit sehingga nak bantu orang memasukkan barang ke dalam kereta berbayar ( barangan berat )

Dan keikhlasan dalam kehidupan seharian pula ialah , selalu membantu orang-orang di dalam kesusahan . Ini bakal menarik pelangan agar membeli barangan anda . Contohnya ikhlas membantu orang menyediakan persiapan perkhawinan . Ok , disini saya bagi satu falsafah orang cina berniaga - Dia kata , lu kalau niaga mesti mau tarik satu orang satu hari o , kalau tak boleh satu orang 1 minggu , kalau tak boleh 1 orang satu bulan .

Dan yang terakhir , ketidaksombongan . Ketidaksombongan ini saya tumpukan kepada hubungan kita dengan yang mencipta ( ALLAH ) . Janganlah kita sombong atau menjauhi diri kita dari Allah semasa kita senang . ! Hidup ibarat roda kadang-2 kita berada diatas dan kadang-kadang kita dibawah . Ingat rezeki itu datang dari Allah . Maka solat jangan dilupakan . Apa yang ditegah jangan dibuat .



2 comments:

External Link

Back to Top