Cara mandi wajib atau junub yang sah
Mandi wajib wajib diketahui dan diambil berat oleh semua umat islam ,ianya tidak boleh dipandai remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.
Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda
Sebab Perlu Mandi Wajib
Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya.
- Bersetubuh ( memasukkan zakar hingga terbenam kepala kedalam faraj )
- Keluar mani ( walaupun sedikit )
- Keluar haid
- Keluar nifas ( darah yang mengiringi bayi ketika kelahiran )
Terdapat tiga rukun agar mandi wajib sah iaitu
- Niat
- menghilangkan najis dibadan yang jelas ataupun yang tidak jelas
- Menyampaikan air keseluruh badan dan pastikan tiada satu tempat pun tiada yang tidak kena air
Jenis dan Niat mandi wajib
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”. “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Niat mandi wajib dalam bahasa arab
Amalan sunat mandi wajib
Amalan sunat amatlah dituntut , jika melakukannya dapat pahala , dan jika tidak melakukannya tidak mengapa .
- Mengadap ke arah kiblat
- membaca bismillah
- membasuh 2 telapak tangan
- mengambil wuduk sebelum mandi
- gosok seluruh badan dengan tangan
- tertib ( mendahulukan apa yang patut didahulukan )
Cara-cara mandi wajib
- Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
- Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
- Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
- Niat dahulu sebelum mandi. (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
- Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
- Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
- Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
- Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki




bertambah ilmu saya jadinya hahaha
ReplyDeletesilakan kunjungi balik gan
di http://smkyasbam44.blogspot.com
haha , semoga bermanfaat ya :)
Delete