Loading...

Akidah Islam-Hakikat Iman

Posted by Admin on Friday, March 28, 2014 | 9:18 PM

Akidah - Hakikat Iman

kenali+iman+dan+hakikat+iman


Pengenalan : Iman dari segi bahasa bermaksud percaya , manakala dari segi syarak iman bermaksud mempercayai segala apa yang diturunkan oleh Allah dalam kitab al - Quran dan segala apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad dengan hati , membenarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota . Jumhur ulama berpendapat bahawa iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang .

Firman Allah S.W.T : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah , gementarlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayatnya bertambahlah iman mereka - Surah al- Anfal :2

Kedudukan Iman

- Setiap orang islam hendaklah mempunyai keimanan yang teguh terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah
- Keadaan iman seseorang itu boleh bertambah dan berkurang .

Iman terbahagi kepada lima bahagian :

Iman yang tetap : Iaitu iman yang tidak bertambah dan tidak berkurang seperti iman sekalian para malaikat
Iman yang sentiasa bertambah : Iaitu iman para nabi dan rasul
Iman yang sentiasa berkurang : Iaitu iman orang fasik
Iman yang boleh bertambah dan berkurang : Iaitu iman segala orang mukmin
Iman yang ditolak (murtad) : Iaitu iman orang munafik



2 comments:

  1. akhirnya ketemu juga artikel yang saya cari :D ,,
    Izi nyimak sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa , benar ga ini artikel yang kamu cari :P

      Delete

External Link

Back to Top